Showing posts with label tragedi. Show all posts
Showing posts with label tragedi. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014


Perbuatan seorang wartawan dari negara Cihna, Yang Jinhai yang melompat masuk ke dalam kandang harimau hanya memakan diri sahaja. Kejadian terjadi apabila Yang Jinhai dilihat memiliki makanan harimau dan melompat ke dalam kandang untuk memberi harimau makan tetapi sebaliknya berlaku apabila dia diserang oleh harimau.



Menurut pelawat yang datang, mereka terkejut melihat Yang Jinhai cuba melarikan diri daripada dibaham oleh harimau yang sedang mengamuk, Yang Jinhai  cedera teruk akibat dicalar dan digigit oleh harimau sebelum penjaga zoo masuk campur.


Saksi kejadian berkata, pada awalnya mereka menyangka Yang Jinhai adalah kakitangan zoo selepas melihat dia memegang makanan harimau  berisi beras tetapi sebaliknya berlaku. Saksi lain menjelaskan, apabila Yang Jinhai melompat masuk ke dalam kandang, kedua-dua harimau, jantan dan betina dilihat cuba melarikan lari tetapi harimau jantan datang ke arah Yang Jinhai kerana membangkitkan kemarahan dan membuat kacau, akhirnya dia diserang oleh harimau jantan sebelum diselamatkan oleh penjaga zoo. 


Bagi menyelamatkan Yang Jinhai, seramai 50 orang kakitangan zoo melepaskan das tembakan water hose kepada harimau bagi melepaskan Yang Jinhai. Kini, Yang Jinhai dirawat di hospital, Chengdu. - via

Sunday, 20 October 2013

Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus pergelangan tangan ditetak dua lelaki ketika melakukan kerja pemotongan bekalan elektrik di Lot 190 Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway di sini petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua, dalam kejadian pukul 5 petang itu, berlaku pertengkaran antara mangsa, Muhammad Adni Isa, 42, dengan dua suspek yang tidak puas hati dengan tindakan mangsa memotong bekalan elektrik.

"Mangsa bersama seorang rakan bertugas membuat pemotongan elektrik di hadapan tiang TNB tempat kejadian. Tiba-tiba datang dua lelaki bertanya mengapa potong elektrik.
"Tidak puas hati dengan jawapan diberikan mangsa, berlaku pertengkaran sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah membawa dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Ah Chua lagi, mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya dan diberi rawatan awal sebelum di hantar ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar untuk pembedahan.

Sehubungan itu, Ah Chua mengesahkan, dua suspek yang berusia 33 dan 45 tahun kini ditahan untuk tindakan lanjut.

Kes di siasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau cara-cara yang merbahaya.
sumber : kezoom

Lelaki Di Serang Hingga Putus Tangan

Posted by Geng Awek Malaysia On 05:53
Seorang lelaki yang diserang dua lelaki putus tangan kanannya setelah ditetak dua orang lelaki tidak dikenali dalam kediamannya sendiri. Menurut info, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.00 pagi tadi di pangsapuri Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara, Ampang.

Mangsa, seorang lelaki berbangsa India yang berumur 23 tahun ketika itu baru saja pulang dari tempat kerjanya. Mangsa bekerja di sebuah restoran makanan di ibu kota. Menurut sumber Terengganu Today.

Dalam kejadian tersebut, dikatakan mangsa pulang ke rumah pada jam 2.30 pagi dan masuk tidur di bilik pertama manakala anak serta isterinya tidur di bilik yang berasingan. Lebih kurang jam 3.15 pagi, isteri mangsa telah terdengar bunyi bising dan mendapati suaminya telah berlumuran darah didalam rumah sambil menjerit kesakitan.

Mangsa memberitahu pihak polis bahawa dia telah diserang dua lelaki india yang tidak dikenali, namun motif serangan tidak diketahui.

Siasatan mendapati tiada kesan pecah atau umpilan pada pintu serta gril rumah mangsa yang berada di tingkat 5 pangsapuri itu. Mangsa putus di pergelangan tangannya setelah ditetak dengan parang. Sehingga kini tiada saksi bebas yang dapat tampil memeberi keterangan kerana kejadian berlaku di dalam rumah. Mangsa dan juga isteri beliau masih gagal ditemubual akibat trauma.

Pihak polis berharap orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
sumber :Kezoom

Saturday, 19 October 2013

Mayat Pelumba Haram Terbiar Jadi Tauladan

Posted by Geng Awek Malaysia On 20:50
Mayat seorang lelaki, Tao Lung, di China yang terkorban ketika berlumba di jalan raya, telah dibiarkan di atas jalan tanpa ditutup oleh polis, sebagai ingatan kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan sama.
Menurut info, mayat berkenaan dibiarkan begitu sahaja tanpa ditutup dan menjadi tontonan orang ramai di situ termasuk kanak-kanak.

Setelah pihak polis menyelesaikan siasatan, barulah mereka menarik kenderaan yang remuk itu sebelum memasukkan mayat Lung yang tidak bertutup itu ke dalam van.

Lung, 28, maut selepas tercampak daripada kereta jaguar F bernilai kira-kira RM400,000 yang dipandunya. Kenderaan itu telah merempuh pokok ketika cuba memotong sebuah kereta lain.

Selepas tercampak keluar, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang turut terlibat dalam perlumbaan berkenaan. Kenderaan terbabit memecut melebihi 150 mph di kawasan kediaman.

Menurut penduduk di situ, mereka sudah bosan dengan kegiatan lumba kereta dan telah membuat laporan kepada polis dengan amaran pasti akan berlaku juga kemalangan di situ.

“Namun polis enggan mengatasi masalah ini kerana mereka yang terlibat adalah orang kaya,’’ kata salah seorang penduduk.

China mencatatkan kematian kira-kira 220,000 orang setiap tahun akibat kemalangan jalan raya dan jumlah tersebut menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah mereka yang terkorban akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

Lumba kereta di jalan-jalan utama di China kini menjadi satu trend terutama di kalangan golongan belia. Kebanyakan yang terlibat hanya mahukan penghormatan dan prestij, berbanding wang ringgit.

Malah terdapat kelab-kelab yang menganjurkan pertandingan itu dengan melibatkan hanya kereta mewah sahaja.

Monday, 14 October 2013

Gambar Nahas Pesawat MASWings di Kudat Sabah

Posted by Geng Awek Malaysia On 09:42
KOTA KINABALU: Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.

Kejadian berlaku lebih kurang pada 2.55 Petang hari ini, 10 Oktober 2013.

Menurut sumber, difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.

Semua penumpang telah dikejarkan ke hospital Kudat untuk rawatan segera.

Pegawai MASWINGS ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.

Spekulasi awal mengatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang.

Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.

Sunday, 6 October 2013

WTF : LUBANG KEMATIAN YANG DALAM (4 Gambar)

Posted by Geng Awek Malaysia On 09:13
Lubang ini telah meragut banyak nyawa dan yang terbaru ialah seorang penunggang motosikal, Heleno Bernadino 49 tahun telah terkorban. Beliau telah hilang kawalan dan terus terjun ke lubang ini yang sangat bahaya bagi mereka yang jarang melalui kawasan ini. Beliau dikatakan telah tercedera ketika jatuh dan tidak berupaya untuk bangun setelah ditimpa motosikalnya. Beliau mati lemas setelah paras air meningkat.




Sebuah bas Manchester Uniter telah melanggar seorang penunggang motosikal hingga tereperosok di bawah bas. Mangsa meninggal di tempat kejadian. Kejadian ini berlaku di Thailand. Sori to MU fans. Tempat ke 12 liga. :) Ini bukanlah bas Manchester United yang sebenar







Saturday, 5 October 2013

KISAH SEDIH : JANGAN BACA JIKA ANDA TAK KUAT SEMANGAT

Posted by Geng Awek Malaysia On 04:16



KISAH SEDIH : JANGAN BACA JIKA ANDA TAK KUAT SEMANGAT | Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.


“Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”

“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

“Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung nanti.”

“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

“Sudah la tu bang.”

“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa….” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.

**********************************************************

“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macamana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? Don’t go breaking my heart Mom!!

“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”

P/s: Moralnya janganlah suka tidur di petang hari terutamanya anak dara.

# Jangan marah ek , kongsi kat kawan2 anda pula , biar diorang rasa apa yg korang rasa
Google0 1 493 494

Wednesday, 2 October 2013

Ngeri! Pedang Tertusuk Di Kepala Lelaki China

Posted by Geng Awek Malaysia On 03:43

 BEIJING – Seorang remaja China selamat ketika pedang menusuk dahinya. Awalnya remaja itu hanya bermain-main dengan pedang tersebut.

Zhang Bin diundang oleh kawan sebayanya ke rumahnya dan salah satu kawannya membawa pedang Samurai.Mereka pun bermain-main dengan pedang itu dan akhirnya, pedang tersebut menusuk kepala Zhang tepat di antara kedua matanya.

“Tiga kawan saya mengajak saya untuk bermain ke rumahnya, kawan saya membawa pedang itu dan saya tidak tahu, tiba-tiba pedang itu menusuk saya, saya merasakan sakit dan banyak darah menitis di wajah saya,” ujar Zhang, seperti dipetik Telegraph, Khamis (28/7/2011).

Zhang akhirnya terus dikejarkan ke hospital, namun doktor menyatakan bahwa mereka tidak sanggup mencabut pedang yang terpacak di kepala Zhang. Zhang pun akhirnya dihantar ke rumah sakit di Kota Changsha, Provinsi Hunan. Setelah menjalani pembedahan beberapa jam, pedang itu berjaya dicabut dari kepala Zhang. “Untungnya, pedang tersebut tidak menusuk pembuluh nadi di kepala atau saraf,” ujar salah satu doktor yang membedah Zhang.

Wednesday, 14 August 2013




Seorang gadis cuba membunuh diri dengan terjun dari balkoni sebuah apartmen.

Gadis berusia 20 tahun dari Harbin, China itu memanjat balkoni apartmen selepas bergaduh dengan teman lelakinya dan mengancam untuk melompat, namun dia berjaya diselamatkan oleh teman lelakinya.

Kejadian yang mendebarkan itu berjaya dirakam oleh orang ramai sebelum tersebar di Youtube.

Selebihnya, sila lihat gambar dan tonton video di bawah ini. -DCM/DM 13/8/13










Seorang pemandu bas telah tercampak keluar dari tingkap kenderaan apabila bas tersebut dilanggar oleh sebuah lori, - menyebabkan bas tersebut terbalik ke bawah lebuh raya.

Kejadian ngeri ini membunuh pemandu lori,sepuluh orang tercampak dari bas dan mencederakan 23 yang lain
.
Video CCTV dari dalam bas yang ditangkap tempat kejadian, yang menunjukkan pemandu bas tercampak keluar ke lebuh raya di Jinhua, selatan Shanghai,China.

           

Friday, 9 August 2013

Wanita mengandung maut makan lemang berperisa ular tedung

Posted by Geng Awek Malaysia On 10:03

 Satu kejadian yang cukup menyayat hati bagi admin apabila seorang wanita yang mengandung anak pertama maut serta-merta selepas memakan lemang ketupat berperisa bangkai ular tedung yang dibeli di sebuah lokasi Bazar.

Kejadian ngeri ini memang benar-benar berlaku berdasarkan pengakuan kawan kepada wanita itu menerusi laman Instagram yang dikenali dengan nama Norish.

Diharap, semua umat Islam atau bukan agar berhati-hati ketika membeli apa-apa makanan di Bazar. Pastikan lemang ketupat yang dibeli dibelah terlebih dahulu untuk memastikan tidak ada bahan campuran berbahaya termasak sekali.


Monday, 5 August 2013

LENTUK ATAS PAHA TEMAN LELAKI KERANA SAKIT KEPALA

Posted by Geng Awek Malaysia On 20:53
GEORGETOWN – Seorang remaja perempuan menggunakan alasan sakit kepala ketika dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).
Dia dicekup akibat berkelakuan tidak sopan di tempat awam dengan baring di atas paha teman lelakinya.
“Kami tidak buat apa-apa ustaz, saya hanya baring di pahanya kerana sakit kepala,” katanya memberi alasan ketika ditanya penguat kuasa.
Kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an itu dicekup ketika bermesra-mesraan di sebuah hentian rehat di negeri ini.
Ketika menjalankan pemeriksaan, mendapati kereta pasangan berkenaan diletakkan di bahagian bahu jalan dengan keadaan yang agak gelap walaupun terdapat lampu beberapa meter dari kawasan itu.
Agak lama juga kenderaan JAIPP berada bersebelahan dengan kereta itu bagi memerhatikan gelagat pasangan muda berkenaan.
Lebih teruk apabila sebuah lagi kereta yang dimiliki sepasang kekasih lain berada di hadapan kereta pasangan yang dicekup JAIPP itu masih tidak berganjak walaupun terlihat anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan.
Lelaki yang ditahan JAIPP itu turut memberikan alasan duduk di tempat yang cerah bukannya gelap gelita.
Namun, penguat kuasa memberitahu ia tetap satu kesalahan kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Kedua-dua remaja itu turut diarahkan keluar dari kenderaan mereka bagi membuat pemeriksaan.
Hairannya setelah ditanya kali kedua, si gadis menafikan pula dia sakit kepala sehingga ditegur penguat kuasa kerana memberikan kenyataan berbeza.
Si lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia sudah bertunang dengan teman wanitanya itu.
“Saya sudah bertunang dan sedang merancang untuk berkahwin,” katanya.
Namun, Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan menasihatkan supaya kedua-duanya segera melangsungkan pernikahan bagi mengelakkan sebarang perkara maksiat.
“Jika sekarang sudah bertunang, cepat-cepatlah melangsungkan perkara yang wajib bagi mengelak maksiat,” katanya.

 PETALING JAYA – Jurulatih anjing, Maznah Mohd Yusof berkata, mazhab Imam Shafie yang diikuti umat Islam di Malaysia tidak menyatakan bahawa anjing adalah haram tetapi hanya memerlukan umat Islam melakukan samak jika bersentuhan dengan anjing dalam keadaan tertentu.

Jurutera industri itu berkata demikian ketika ditemubual G Vinod daripada Free Malaysia Today (FMT) pada 2011.

Maznah yang direman selama dua hari kerana menerbitkan video hari raya bersama anjing-anjingnya juga menegaskan bahawa keluarganya tidak pernah menyatakan bahawa anjing adalah haram.

Salah satu adegan Maznah Yusif menjamu anjing peliharaannya dengan kuih raya yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

“Terdapat beberapa perbezaan pendapat di dalam Islam. Di sini kami mengamalkan mazhab Imam Shafie yang tidak menyatakan anjing itu haram namun kita perlu melakukan samak jika memegang anjing dalam keadaan basah.”

Ketika ditanya apakah pandangan ahli keluarga ekoran peranannya sebagai jurulatih anjing, Maznah berkata, kebanyakan mereka tidak pernah mempertikaikannya.

“Namun seorang sepupu pernah bertanya sama ada saya ini masih lagi seorang Muslim atau tidak,” katanya.

Beliau menjelaskan rasa terpanggil untuk bekerja dengan anjing selepas menemui lima ekor anak anjing terbiar di kawasan tempat letak kereta di Queensbay Mall di Pulau Pinang.

Ketika itu dia bekerja sebagai Jurutera Industri namun tidak seronok dengan tugasnya dan bercadang mencari pekerjaan lain yang lebih memberi kepuasan.


“Saya bekerja sebagai jurutera industri dari 1998 sehingga 2007 di Pulau Pinang. Saya percaya kita mesti melakukan perkara yang kita minat dan kerja saya pada masa itu memang tidak memberi kepuasan kepada saya,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, dia dan rakan serumah telah membawa lima ekor anak anjing terbabit ke klinik haiwan kerana dua daripadanya kelihatan hampir mati.

Selepas pulih, ahli veterinar meminta mereka menghantar anak-anak anjing terbabit ke Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (SPCA).

“Namun kami terperanjat apabila SPCA memberitahu anjing-anjing itu perlu ‘disuntik untuk mati’ (put to sleep) kerana terlalu kecil untuk dijaga. Ketika itu anjing berkenaan hanya berusia dua minggu.

“Jadi kami ambil keputusan menjaga anjing-anjing terbabit,” katanya.

Maznah yang berkelulusan dari Amerika Syarikat kemudian membesarkan anjing-anjing berkenaan dengan menamakan mereka sebagai Yusni, Golek, Ciku, Oren dan Ross.

Beliau kemudian berpindah ke Rawang dan mendapati anjing-anjing di kawasan barunya juga jinak dengan dirinya.


“Di situ saya sedar bahawa itulah petanda yang saya perlu bekerja dengan anjing,” katanya.

Ekoran itu, dia memulakan langkah menimba ilmu bagaimana untuk melatih anjing dengan membaca buku-buku berkaitan selain mengumpul maklumat dari Internet.

“Saya banyak belajar daripada buku Cesar’s Way yang ditulis oleh Cesar Milan seorang jurulatih anjing dari Mexico,” katanya.

Justeru, Maznah menegaskan masyarakat perlu berhenti memikirkan bahawa anjing itu hanyalah seekor haiwan.

“Ada yang berkata anjing-anjing adalah teman baik lelaki. Bagi saya anjing-anjing ini adalah penjaga dan pengawal saya,” katanya lagi.

Maznah bagaimanapun berdepan masalah apabila memuat naik video sambutan Hari Raya bersama anjing-anjingnya ke YouTube.

Tindakannya itu mendapat kecaman umat Islam kerana video berkenaan menggunakan latar belakang suara takbir serta menjamu anjing-anjing terbabit dengan kuih raya.

Dia ditahan pada Rabu di Bukit Beruntung, Selangor dan dibawa ke  Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.



CERITA SEBAK KELUARGA CHUA BOON HUAT - AYAH MENDIANG JUGA MAUT KERANA KEMALANGAN | Petaling Jaya: “Dia merancang untuk berkahwin tahun ini atau tahun depan, namun, hajatnya kini tidak kesampaian,” kata Aliff Nur Najmi Chua, 42, abang sulung pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Stesen LRT Kelana Jaya, di sini, kira-kira jam 2.25 pagi.

KEADAAN kereta dipandu Boon Huat sebaik merempuh lori tangki air.

Boon Huat, 33, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di tengkuk selepas kereta Proton Perdana dipandunya melanggar belakang lori tangki air yang sedang menyiram pokok bunga.

TENGKU Abdullah di PPUM melihat mayat Boon Huat dibawa keluar dari bilik mayat. Turut kelihatan hiba penolong jurulatih hoki kebangsaan, Arul Selvaraj (duduk).

Difahamkan, sebelum kemalangan, Boon Huat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perbadanan Hoki Malaysia bersama Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan media di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebelum keluar menemui rakan lain.

Aliff berkata, kematian pemain di posisi penyerang itu mengulangi tragedi yang menimpa ayah mereka kira-kira sembilan tahun lalu.

hmetro

Sunday, 4 August 2013

Guru sekolah hilang sejak Mac dipercayai ikut teman lelaki

Posted by Geng Awek Malaysia On 03:51
HILANG...Siti Azliza gagal dikesan sejak Mac lalu.
HILANG...Siti Azliza gagal dikesan sejak Mac lalu.


JOHOR BAHRU: Sudah pelbagai ikhtiar dibuat hingga akhirnya seorang bapa terpaksa meletakkan gambar serta kisah anak perempuannya yang hilang dipercayai mengikut teman lelaki sejak Mac lalu di laman sosial facebook, kelmarin.

Harapannya hanya satu, iaitu bertemu semula dengan anaknya, Siti Azliza Johan, 27, guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi.
Menceritakan kisah kehilangan anaknya, Johan Tahir, 52, yang juga guru berkata, keluarganya mula merasai perubahan pada anaknya itu sejak tahun lalu.

“Kami mengesyaki sesuatu yang buruk menimpanya kerana dia yang kami didik dengan penuh kasih sayang dan pegangan agama tiba-tiba berubah mendadak sehingga sanggup melawan nasihat ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu bermula sejak anaknya berkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an.

Johan berkata, dia pernah bertemu dengan lelaki berkenaan sebelum anaknya itu menghilangkan diri.

“Kami pernah menghubungi telefon bimbitnya, namun talian berkenaan sudah ditamatkan. Dia mungkin sudah menukar nombor bagi mengelak kami mengesannya.

“Kami sudah ke rumah keluarga teman lelaki anak saya, namun keluarga lelaki terbabit mengatakan mereka tidak tahu menahu mengenai perkara itu,” katanya.

Katanya, anaknya itu gagal melaporkan diri untuk bertugas sejak Mac lalu, malah teman lelaki wanita berkenaan yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya juga dikatakan sudah dikenakan tindakan tatatertib.

Johan berkata, keluarganya sedih dengan perkara itu dan berharap anaknya sedar dan kembali ke pangkuan keluarga.

Beliau mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Azliza supaya menghubunginya di talian 019-7986520 atau 07-8952486.

Majikan Puji Cantik Sebelum Merogol Pembantu Rumah

Posted by Geng Awek Malaysia On 03:44



KULIM : Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 28 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Kulim kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin setelah mengadu dirogol oleh majikannya.
Mangsa yang datang ke Malaysia pada 15 Mei lalu dijanjikan gaji bulanan RM500 sebulan bagaimanapun tidak menerima sebarang bayaran sehingga hari ini.
Menurut mangsa, sepanjang tinggal bersama majikannya, dia telah dirogol sebanyak tiga kali dan kejadian berlaku ketika isteri suspek dan anaknya yang sudah bersekolah tiada di rumah.
“Kejadian berlaku pada Ahad, ketika itu isteri dan anaknya tiada di rumah. Isterinya bekerja sebagai seorang guru sekolah manakala anaknya bersekolah dalam tingkatan empat. Apabila kedua-dua mereka keluar dari rumah, hanya tinggal saya dan suspek sahaja di rumah.
“Suspek kemudian menghampiri saya dan memuji saya cantik sebelum bertindak agresif terhadap saya. Suspek meminta saya melayani kehendak seksnya tetapi saya enggan berbuat demikian. Suspek naik berang dan mengugut untuk membunuh saya sekiranya tidak mahu melayani kemahuan seksnya,” katanya.
Mangsa berkata, kali terakhir dia dirogol dua minggu lalu. Bagaimanapun Ahad lalu suspek sekali lagi cuba merogolnya tetapi dia memaklumkan kepada suspek kesan luka yang terdapat pada kemaluannya masih belum sembuh dan sakit.
Katanya, perlakuan itu berlaku beberapa kali sehingga dia mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah majikannya dan meminta bantuan dari jiran berhampiran sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.
Sementara itu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek sudah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan terhadap laporan dibuat mangsa. – Sinar Harian


Ini mungkin antara kemalangan paling teruk namun paling bertuah - seorang wanita yang menunggang motosikal telah melanggar lampu merah dan motor yang ditungganginya hancur dalam kemalangan dengan sebuah lori itu. Ajaibnya, wanita ini terselamat tanpa kecederaan dalam gaya yang sangat cool dan tenang jika kemalangan itu dilihat dari rakaman CCTV. Lihat video di bawah: