Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

Penyanyi Ainan Tasneem Kemalangan

Posted by Geng Awek Malaysia On 05:17
Penyanyi Ainan Tasneem, 22 tahun , telah dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya kira – kira  jam 9.30 malam tadi. Ainan bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan. Kejadian berlaku ketika kereta beliau dalam perjalanan terbabas dan terhempas ke dalam longkang di Sungai Batu Pahat .




Difahamkan Ainan bersama dengan dua lagi rakannya dalam kereta tersebut.  Pemandu kereta dipercayai hilang kawalan semasa memandu di selekoh tajam. Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut.


Ainan sebelum ini pernah dilaporkan mengalami kemalangan pada Julai lepas di di lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) .

Sunday, 15 December 2013

AMY SEARCH KAGUM LIHAT ANGGOTA BAND BUNKFACE SEMBAHYANG

Posted by Geng Awek Malaysia On 06:37

 | PENYANYI rock terkenal tanah air, Amy Search melahirkan kekagumannya terhadap anggota kumpulan muzik, Bunkface yang tidak meninggalkan solat mereka.

Menurut penyanyi itu, band berkenaan patut dipuji kerana mengutamakan ibadah walaupun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

” Aku ‘salute’ budak-budak Bunkface,  walaupun waktu berkerja solat tak dilupakan , muda-muda sudah tunaikan umrah – Kami berkarya kerana bakat anugerah Allah SWT – Dont Judge the book by its cover,” kata Amy dalam laman FBnya.


Kami juga bangga dengan Bunkface, sekaligus menepis persepsi negatif ramai pihak terhadap kumpulan pemuzik muda seperti mereka.

Sesungguhnya solat itu WAJIB dan boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar.

Semoga perjalanan seni Bunface akan terus cemerlang sekaligus meletakkan nama kumpulan mereka sebaris dengan nama besar band di tanah air kita, InsyaAllah.


AZAD TERIMA 13 JAHITAN KERANA SEKOTAK ROKOK

Posted by Geng Awek Malaysia On 06:36

| Gara-gara sekotak rokok, pelakon Azad Jasmin menerima 13 jahitan di buku lali kaki kanannya. Jahitan tersebut dek kerana kecederaan yang dialami akibat terjatuh ke dalam longkang, seminggu lalu. Kejadian berlaku di hadapan sebuah kedai serba guna di Puchong.

“Saya pergi beli rokok. Entah macam mana, masa tengah berjalan nak ke kereta, saya terjatuh ke dalam longkang. Nasib baik ada sekumpulan orag India, mereka yang bantu saya. Kebetulan ada klinik dekat sebelah kedai yang saya beli rokok tu. Saya terima rawatan di klinik di situ.

“Masa doktor jahit kaki saya, saya tak diberi suntikan bius. Dan dalam pada doktor tu buat kerja dia, dia sempat lagi marah pada saya, “hah, inilah padahnya dan bahayanya rokok. Saya kena 13 jahitan”, cerita Azad Jazmin sambil menahan tawa tatkala mengingat kembali insiden tersebut.

Azad masih berjalan terhencut-hencut ditemui pada malam gala filem Kolumpo, bertempat di e@curve, malam kelmarin.

Sebulan Duduk Dengan Orang India

Sementara itu, dalam filem Kolumpo, Azad membawakan watak utama sebagai Rahul, pemuda dari Mumbai India yang datang ke Malaysia kerana ditawarkan bekerja sebagai pereka grafik. Namun setibanya dia di Kuala Lumpur, segalanya berubah.

Dalam filem tersebut memerlukan Azad bertutur dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. Demi menghidupkan karakter berkenaan, kata suami kepada pelakon Eira Syazira ini dia tinggal dan bergaul dengan orang India, selama sebulan. Sepanjang tempoh itu dia buka saja belajar bertutur dengan betul malah belajar dari segaka segi seperti cara makan dan cara berjalan

“Ni pertama kali saya memengan watak utama. Saya perlu bertutur dalam bahasa Tamil. Selama sebulan saya tinggal dengan sekumpulan orang India, di Sungai Pencala. Ada di kalangan mereka memang berasal dari negara India. Sepanjang tempoh tu saya belajar cara bercakap, cara makan, pergerakan badan”, katanya.

Kolumpo diarahkan oleh Sheikh Munasar, Bront Palarae dan Rozi Izma. Filem yang bakal ditayangkan mulai 5 Disember ini, memaparkan tiga cerita berbeza dengan berlatar belakangkan kehidupan di Kuala Lumpur.

Selain Azad, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam, Soffi Jikan, Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Along Eyzandy, Radhi Khalid dan Emely Poon.

 | SEKITAR bulan Februari lalu, kecoh seketika dunia hiburan dengan penyebaran gambar-gambar kurang menyenangkan pelakon, Cico Harahap di Pulau Perhentian.

Dia dilihat dengan selambanya berparti memegang tin minuman keras selain bertatu di sebelah kiri bahunya.

Tidak dapat dipastikan samada ia hanya tatu sementara atau tidak, namun ia secara tidak langsung mengundang pelbagai persepsi negatif pada jejaka yang berstatus duda ini.

Selepas berbulan-bulan, Cico akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu kepada portal hiburan Rotikaya.

Jelasnya, gambar itu diambil bersama peminat yang ingin bergambar dengannya sewaktu mengutip tin di bar.

“Di pulau tu, sepanjang-panjang pantai ada bar. Siang kerja kami sebagai jurulatih selam & bila malam pula kami kerja di bar tersebut — kutip tin”

“Jadi dalam pada saya tengah kutip tin tu, ada peminat nak bergambar dengan saya. Saya pun penuhi lah permintaan mereka. Alih alih gambar tu tersebar & keluar cerita sebegitu. Saya redha sahajalah,” ujarnya.


Oh, begitu ceritanya ya. Tak mengapalah. Dia bukannya berparti liar, tapi tengah bekerja. Anggap saja tin yang dipegangnya itu ialah tin kosong yang dikutipnya di bar itu.

Bak kata orang, fikir positif sajalah.

LANA NORDIN NAFI BOMOHKAN JOHAN AS'ARI

Posted by Geng Awek Malaysia On 06:33

 | Tatkala kekasihnya Johan As’ari membuat pengakuan berani, melamar dirinya selepas tiga hari mereka berkenalan, ramai juga yang mendoakan kebahagian mereka berdua.

Bagaimanapun timbul pula cerita Lana kononnya menggunakan ilmu hitam untuk memikat hati Johan.

Membidas tuduhan tersebut, Lana sebaliknya memberitahu cinta mereka ibarat cinta pandang pertama.

“Itu benda bodoh (guna ilmu hitam). Saya kenal dia sehari. Tiga hari lepas tu dia lamar saya. Saya ada tanya dia apa yang dia suka dengan saya? Dia cakap, bila pertama kali dia tengok saya, dia dah suka.

“Saya harap semua boleh doakan yang terbaik. Saya memang nak cari lelaki beriman, lelaki yang menerima keburukan saya sebelum saya berubah. Johan ada ilmu dalam agama dan saya percaya dia bukan main-main bila bercakap hal kahwin. Saya hormati Johan sebab dia berani suarakan hasrat dia pada saya.

“Saya juga anggap ini sebagai wake up call untuk saya. Pada usia begini, saya mencari orang yang boleh membimbing saya. Mungkin inilah masanya saya berubah. Johan tak paksa saya. Kalau saya nak berubah kerana diri saya sendiri. Dia sokong saya. Dan saya buat perubahan perlahan-lahan”, katanya ketika ditemui pada Sabtu lalu.


Dalam masa sama Lana juga berkata, pada awalnya dia ada bertanyakan pada Johan mengenai hubungan aktor itu dengan Shila Amzah.

“Masa Johan luahkan hasrat dia pada saya, saya ingat dia main-main. Saya ada bertanyakan tentang hubungannya dengan Shila. Johan beritahu dia dan Shila sekadar kawan. Dia sendiri telefon ibu bapa Shila dan beritahu hal kami dan sewaktu tu saya dengar perbualan mereka. Dan masa tu lah saya betul-betul yakin yang Johan serius dengan saya”, ujarnya lagi.

Mengenai khabar dia bakal berhijab kerana Johan, Lana menyangkal hal tersebut dengan mengatakan kenyataan sebegitu tidak pernah keluar dari mulutnya.

“Kenyataan macam tu tak pernah keluar dari mulut saya. Kalau saya nak bertudung, kerana Allah. Bukan kerana Johan. Saya hanya kata kalau saya dah berkahwin, kalau suami saya suruh saya bertudung, saya akan pakai sebab dosa saya suami saya yang tanggung.

“Tapi Johan ada bagi syarat kat saya, dia tak nak tengok saya pakai skirt. Perlahan-lahan saya cuba berubah. Saya rasa tak ada masalah”, ujarnya.

JOHAN SIFATKAN TINDAKAN SHILA TIDAK MATANG

Posted by Geng Awek Malaysia On 06:33

 | Susulan pendedahan Johan As’ari yang dikatakan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lana Nodin, bermacam-macam spekulasi dan andaian yang timbul selepas itu.

Antaranya, tindakan penyanyi yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan mesra dengan Johan sebelum ini, iaitu Shila Amzah yang memuat naik status serta gambar berkaitan isu tersebut membuat peminat terus berteka-teki mengenai kesahihan status mereka satu ketika dulu.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Shila itu, Johan melahirkan kekecewaannya selain menyifatkan perbuatan penyanyi itu sebagai tidak matang.

“Bagi saya dalam hal sebegini Shila Amzah menunjukkan sikap yang tidak matang. Apa yang boleh saya katakan dia dah pun block akaun Instagram saya dan juga akaun media sosial yang lain. Saya pun tidak pasti kenapa dia bersikap demikian,” katanya yang dipetik menerusi portal Buahmulut.

Johan juga pernah mengeluarkan kenyataan di akhbar bahawa dia hanya menganggap Shila sebagai adiknya sahaja dan tidak lebih dari itu.

Pelakon berusia 27 tahun itu juga menjelaskan keluarganya tidak pernah membenci Lana berikutan timbulnya isu mengatakan keluarganya tidak bersetuju dengan pilihannya itu.

“Mereka bukan tidak bersetuju dan membenci Lana tapi keluarga saya suruh kami berkawan dulu dan kenal hati budi masing-masing sebab perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main-main,” katanya lagi.

Ketika berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2013 semalam, pasangan ini hadir bersama dan Lana kelihatan sopan, tidak seperti sebelum ini dimana imej seksi sering kali tidak dapat dipisahkan daripadanya.

Mungkin ini merupakan langkah perlahan-lahan Lana untuk berubah menjadi lebih baik seperti mana yang dikatakannya sebelum ini.

Baguslah begitu, pelan-pelan kayuh ya Johan.


Monday, 21 October 2013

10 Gambar Selebriti Korea Ketika Mereka Masih Gemuk

Posted by Geng Awek Malaysia On 07:06
Mempunyai badan gemuk mungkin bagi beberapa orang dianggap kurang menarik. Kerana hal itu, banyak sekali orang-orang yang berusaha sekuat tenaga agar mereka boleh menjadi lebih langsing, tak terkecuali selebriti Korea.
Ya, industri Hallyu sudah lama dikenal kejam. Kerana hanya yang terbaik yang boleh bertahan. Tidak hairanlah selebriti yang berbadan gemuk berusaha mati-matian agar tampil lebih langsing, ini dia mereka yang mengalami pengurusan tubuh cukup dramatik!

1. Shindong Super Junior



 
Masih ingat Shindong saat pertama kali debut dengan Super Junior? Ya, dia adalah lelakigemuk dengan potongan rambut pelik Semakin populernya Super Junior, Shindong tampak menyadari bahwa berat badannya harus dikurangi. Hasilnya semenjak Super Junior merilis album ke-5 pada 2011 silam, Shindong jauh lebih kurus, berotot, dan tampan!

2. Changmin 2AM
Akuilah kalau kamu terpesona dengan jajaran otot di badan Changmin yang super seksi. Tapi apakah kamu tahu bagaiman member grup vokal 2AM ini saat masih muda? Changmin adalah lelaki gemuk menggemaskan sampai matanya tampak semakin sipit.

3. Kangin Super Junior

Semua orang sangat terkejut dengan bentuk tubuh Kangin saat dirinya keluar dari tentera pada April 2012 lalu. Kangin yang kembali dalam kegiatan Super Junior bertekad untuk membuat dirinya tidak gemuk lagi. Olahraga keras, latihan dance dan diet ketat, cuba lihat Kangin sudah menemukan bentuk tubuh sempurna dan keseksiannya lagi.
 
4. Himchan B.A.P

Himchan memiliki bentuk wajah yang tirus dan tatapan mata yang tajam. Tubuhnya yang kurus sepertinya adalah hasil kerja keras member B.A.P ini. Karena sebelum debut dengan B.A.P, Himchan rupanya adalah remaja gemuk yang tampak lebih tua daripada usianya.
 
5. HyunA 4minute

Apakah kamu cemburu dengan bentuk tubuh super langsing dan seksi milik HyunA? Sepertinya kamu harus lebih terpukau dengan kerja kerasnya. Karena sebelum memiliki bentuk tubuh kurus seperti saat ini, member 4minute yang dikenal seksi ini adalah gadis dengan pipi yang chubby dan tentunya gemuk.

6. Ryeowook Super Junior 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6y9oFPUlkXYCADsReTYcKQKFs23mzo7_HLy8RVtldyx0PVkQkcitNyfOEQ_PEryubCvqmF3XVEEjz4MwwqETooCc5ZoupJzURiZSAWIB7GcYu5hTea13fLG-HRwFIQaLb8sanSv1ulrvP/s400/kim-shin-young_1377014280_Ryewook.jpg
Ryeowook dianggap sebagai salah satu member Super Junior dengan tubuh yang sangat kurus dan kecil. Tapi rupanya Ryeowook muda adalah remaja bertubuh gemuk dan berkacamata bak seorang kaki buku. Semenjak terpilih menjadi trainee SM Entertainment dan siap debut, Ryeowook mati-matian menghilangkan tubuh gemukya.

7. Min Kyung Davichi

Boneka barbie Min Kyung. Ya, siapa yang bosan melihat wajah member duo vokalDavichi yang sangat cantik ini? Selain cantik dan bersuara merdu, Min Kyung juga langsing. Namun tubuh langsing tak didapat Min Kyung dengan cara mudah, dia bahkan pernah 'terperangkap' dalam wajah chubby dan gemuk. Usaha yang patut diapresiasi.

8. Sunhwa Secret

Kamu pasti menyukai wajah Sunhwa yang sangat cute. Member idol grup Secret ini memang cantik. Tapi apakah kamu tahu kalau Sunhwa pernah juga memiliki tubuh gemuk? Hmm, bagian mata, hidung, dan mulutnya tetap sama ya. Dia juga masih cantik saat gemuk.

9. T.O.P Big Bang

Apakah kamu termasuk fans fanatik lelaki tampan bersuara seksi ini? Jika iya cuba kamu lihat saat T.O.P masih menjadi remaja . Ya, sebelum debut bersama Big Bang, T.O.P tak ubahnya remaja normal yang suka makan dengan badan sangat gemuk. Wow, T.O.P pastinya melakukan diet yang ketat.

10. Kang Sora

Apakah gadis gemuk akan selamanya gemuk? Tanyakan itu pada Kang Sora. Kini Sora adalah salah satu selebritis cantik Korea dengan tubuh langsing dan cantik. Tapi saat masih remaja dan belum menjadi artis, Sora adalah perempuan gemuk dengan wajah bundar dan lebar. Nah, Sora membuktikan jika kerja keras bisa membuatmu tampak lebih baik! Mau meniru Sora?

Saturday, 19 October 2013

Satu demi satu cerita yang dibongkarkan oleh media mengenai Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Walaupun telah selamat bernikah dan dikurniakan seorang anak, masih banyak perkara yang rupa-rupanya disembunyikan oleh mereka. Salah satu daripadanya ialah Wawa Zainal adalah tunang orang ketika bernikah dengan Aeril Zafrel.
wawa zainal pernah tunang
Tunangnya yang bernama Abdul Rashid telah membuat pendedahan ekslusif menerusi BiPop semalam. Abang Nara respek dengan si Rashid ini kerana nampak tenang dan redha dengan berita perkahwinan tunangnya. Menurut Rashid, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa pada Jun 2010, iaitu selepas beberapa bulan Wawa diterima sebagai artis MiG, bagaimanapun ketika itu dia belum terbabit dengan mana-mana projek filem. Majlis pertunangan berlangsung antara keluarga saja di Lahad Datu, manakala mereka berdua berada di Kuala Lumpur.
wawa zainal
Berkenalan sejak tingkatan 5, Abdul Rashid telah pun menghantar keluarganya untuk memutuskan pertunangan mereka secara rasmi pada hari Jumaat lalu. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan yang dilakukan oleh Abdul Rashid mengenai hubungannya dengan Wawa Zainal.
P.S: Gambar rasmi Toyota Harrier 2014 dikeluarkan

Belum pun reda isu pernikahan rahsia dan melahirkan anak yang menghimpit pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, kini timbul cerita baru yang mendakwa Wawa sudah bertunang sebelum bergelar pelakon popular.
Wawa, 21, didakwa bertunang dengan seorang jejaka yang berasal dari Lahad Datu, Sabah iaitu Abdul Rashid @ Johari Hambali, 39, pada Jun, 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MiG Talent. Bagaimanapun, pertunangan mereka hanya diketahui ahli keluarga Wawa dan Abdul Rashid saja.
Bagaimanapun kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di internet dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak yang didedahkan Bpop pada minggu lalu menjadi semakin panas dan mendapat perhatian meluas dalam media massa.
Bpop mendapat maklumat mengenai jejaka yang kini bergelar seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah, baru-baru ini. Dengan bantuan seorang teman, jejaka berkenaan dapat dihubungi, biarpun pada awalnya beliau enggan membuka mulut bercerita soal peribadinya bersama Wawa sebelum ini.
“Saya sebenarnya hanya mengetahui berita Wawa dan Aeril berkahwin pada selasa lalu selepas diberitahu seseorang, tapi saya tidak menghiraukannya. Bagaimanapun, saya terkejut apabila Wawa menghubungi saya pada pagi Rabu lalu,”
“Sebenarnya tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta saya memberitahu adik perempuan saya supaya menghentikan menyebarkan cerita yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu. Wawa pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak kaki di Kuala Lumpur,”
“Saya tanya dia, adakah betul sudah berkahwin dan mempunyai anak? Dia cakap betul…. Jadi betullah cerita yang terbongkar itu. Dia cakap mahu saman beberapa pihak yang mendedahkan cerita peribadinya itu. Saya cakap kenapa nak saman jika cerita pernikahan dan mempunyai anak itu adalah perkara betul. Bukan kenyataan fitnah!”
“Jujurnya, saya tersentak dan sebak sebenarnya apabila Wawa mengakui dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak, sedangkan pertunangan kami belum diputuskan. Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tidak kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari awal lagi inilah risiko bertunang dengan seorang artis,”
“Tapi, Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa yang dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam keadaan sekarang. Bagaimanapun, saya tidak mampu menutup mulut orang terutama kaum keluarga yang mengetahui kami masih mempunyai ikatan pertunangan,”
“Saya terkejut bagaimana wartawan dapat menghidu cerita kami, malah boleh menghubungi saya. Soalnya, saya pula terpaksa bersoal jawab dengan wartawan,”
“Saya sebolehnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya sempat bertanya kepada Wawa, siapakah lelaki yang dinikahi. Dia beritahu suaminya adalah lelaki yang tidak disukai dulu. Dia adalah pelakon yang membintangi drama Klik bersamanya dulu. Jadi, saya tahulah lelaki yang dimaksudkan adalah Aeril,”
“Saya tanya lagi kenapa berkahwin dengan lelaki yang pernah dibenci, dia hanya menangis saja. bapa Wawa juga ada menghubungi saya pada Rabu lalu, dia mohon maaf kepada saya. Saya tanya kenapa tidak beritahu Wawa sudah berkahwin, dia sebaliknya mempertikaikan kenapa tidak diberi nafkah bulanan. Menjadi budaya di sini, lelaki kena memberi nafkah kepada tunangnya setiap bulan,”
“Saya jelaskan padanya sebelum ini saya tidak berduit, duit simpanan bekerja habis digunakan ketika datang ke Kuala Lumpur membawa Wawa pada penghujung 2009 untuk mencari penghidupan baru,” katanya.
Abdul Rashid berkata, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa pada Jun 2010, iaitu selepas beberapa bulan Wawa diterima sebagai artis MiG, bagaimanapun ketika itu dia belum terbabit dengan mana-mana projek filem. Majlis pertunangan berlangsung antara keluarga saja di Lahad Datu, manakala mereka berdua berada di Kuala Lumpur.
“Majlis pertunangan kami diatur keluarga, selepas bapa Wawa mendesak saya dan Wawa bertunang. Saya faham orang tua Wawa tentunya bimbang apabila Wawa bersama saya di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya kami mempunyai ikatan pertunangan,”
“Keluarga saya menghantar cincin dan wang hantaran. Tidak perlulah saya beritahu berpa jumlah diberikan. Jadi, pada ketika itu, kami sudah rasmi sebagai tunangan. Bagaimanapun, selepas gambar saya dan Wawa tersiar dalam satu blog hiburan, kami mula takut,”
“MiG tidak membenarkan mana-mana artisnya bercinta dan berumahtangga. Saya ambil keputusan melepaskan Wawa selepas MiG menyediakan rumah untuknya sebagai tempat berteduh. Saya lihat Wawa ketika itu solat 5 waktu tidak pernah tinggal. Saya tidak mahu kehadiran saya sebagai tunangan Wawa diketahui orang, ini kerana saya memikirkan Wawa baru saja nak menapak sebagai pelakon,”
“Sebelum ini jika orang bertanya mengenai saya, Wawa akan mengatakan kami mempunyai tali persaudaraan. Malah, berita kami bersaudara pernah disiarkan dalam beberapa blog bersama gambar kami. Tapi, hakikatnya, saya adalah tunangan Wawa,”
“Saya pulang ke Lahad Datu pada pertengahan 2012, sebelum mendapat kerja mengajar di sebuah sekoalh rendah di Tawau sehingga hari ini,” katanya yang mengakui masih bujang sehingga kini.
Abdul Rashid @ Johari Hambali yang mengakui dirinya adalah tunangan Wawa turut menjelaskan, dia adalah insan yang bertanggungjawab membawa Wawa ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.
“Sebelum ini, saya bekerja di sebuah agensi kerajaan selama 16 tahun di Lahad Datu. Tapi, apabila saya berkawan dengan Wawa, ada teman yang iri hati menyebabkan kerjaya terjejas dan saya hampir ditukarkan ke tempat lain. Jadi, saya terpaksa berkorban, saya ambil keputusan berhenti kerja pada November 2009. Selepas itu, saya dan Wawa nekad berhijrah ke Kuala Lumpur untuk penghidupan baru,”
“Sebenarnya, saya tidak terfikir mahu menjadikan Wawa sebagai pelakon tapi apabila terpandang iklan Pertandingan Ratu Cantik Amcorp Mall, saya menyuruh Wawa mencubanya. Dia bernasib baik kerana mendapat tempat kedua tapi kami ditipu. Sejak itu, saya mula mengusung Wawa ke sana sini untuk menjalani ujibakat. Banyak agensi yang dicuba,”
“Saya menghantar profil Wawa ke MiG Pictures dan KRU Studios, tapi hanya MiG memberi respon. Saya masih ingat, saya jugalah yang menghantar Wawa untuk ujibakat di pejabat MiG di Subang Jaya. Saya menunggunya di bawah pejabat MiG,”
“Pada hari ujibakat itu jugalah Wawa menandatangani kontrak sebagai artis MiG,” katanya.
Abdul Rashid berkata, dia meminta keluarganya ke rumah keluarga Wawa untuk memutuskan pertunangan antara mereka pada Jumaat lalu.
“Keluarga saya datang melamarnya dengan cara adat jadi biarlah kami putus dengan cara baik. Saya dan keluarga saya hanya minta Wawa memulangkan cincin yang diberi dan wang hantaran sekali. Itu saja….”
“Saya tidak kesal dengan apa yang berlaku, semuanya sudah tertulis buat saya. Tidak guna melayan kekecewaan kerana nasi sudah menjadi bubur. Selepas ini, saya mahu menutup buku cerita antara saya dan Wawa. Saya tidak akan menanggungnya. Dan itupun yang saya lakukan selama hari ini,”
“Selepas Wawa menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan MiG, kami tahu tidak boleh berkahwin selagi kontrak belum tamat. Jadi, saya sanggup menunggunya. Saya berpegang pada janji, tapi nampaknya Wawa tidak ingat dengan janji-janjinya,”
“Kami pernah berjanji mahu berkahwin selepas habis kontrak. Saya setia dan tidak mungkir janji. Bagaimanapun, ketika saya pulang ke Sabah, hati saya sudah mula terdetik, jika selepas 5 tahun, hunbungan kami masih OK, maknanya itulah jodoh kami, jika sebaliknya, saya redha,”
“Tapi, saya dapat merasai Wawa berubah hati selepas saya pulang ke Sabah. Dia hanya menghubungi saya sekali, itupun kerana timbul masalah dengan adik saya. Sejak itu, jika saya menghubungi atau menghantar SMS kepadanya, dia tidak pernah menjawab atau membalas,”
“Kali terakhir bertemu apabila Wawa datang berhari raya di rumah saya pada 2012, iaitu selepas saya pulang semula ke Sabah. Sejak itu, dia tidak pernah memberitahu saya jika dia pulang ke Lahad Datu. Wawa mengakui dia kini berada dirumah orang tuanya di Lahad Datu,” katanya yang mendakwa mengenali Wawa sejak pelakon itu bersekolah dalam tingkatan 5.

Aksi Azharina Bersosial Di Kelab Malam

Posted by Geng Awek Malaysia On 05:55
Penyanyi Azharina hanya berkemban ketika bersosial di kelab malam


Jika sebelum ini cerita mengenai Azharina Azhar panas kerana didakwa menjadi isteri ketiga kepada Datuk Syukri Mohd, 55, yang berasal dari Kelantan, namun selepas bercerai... cerita mengenai penyanyi ini agak sunyi.
Apakah yang dilakukan oleh Azharina sekarang?
Mungkin agaknya gambar-gambar yang tidak diketahui tarikhnya ini mampu menjawab sedikit persoalan yang timbul.
Pelantun lagu Elegi Sepi itu dilihat sedang bersosial bersama teman-temannya disebuah kelab malam dengan pakaian yang agak seksi...ermmm...






sumber: http://matai-kudasai.blogspot.com/

[Panas] 3 Beradik Kim Kardashian Berbogel

Posted by Geng Awek Malaysia On 05:51

MUNGKIN bagi Kardashian bersaudara, baju tidak akan diperlukan untuk sebuah promosi seluar. Ini kerana yang dipromosi adalah seluar, bukannya baju dan mereka berasa berbogel pada bahagian atas badan adalah hal yang tepat untuk mempromosikan seluar!

Itulah yang dilakukan oleh tiga beradik Kardashian iaitu Kim Kardashian, Kourtney Kardashian dan Khloe Kardashian yang telah bersama mempromosikan seluar jeans terkini sebuah syarikat pakaian.

Menurut Dailymail, idea berani untuk tidak memakai baju itu datang daripada tiga bersaudara itu sendiri. Mereka berpendapat, adalah lebih indah jika mereka hanya memakai seluar tanpa pakaian.

Dalam gambar tersebut, Kim tampak duduk di atas sebuah tempat duduk tinggi warna putih dan membelakangi Khloe yang bersandar menghadap dinding. Kourtney pula berbaring di lantai dengan kaki diangkat selari hingga ke tempat duduk Kim.

Jika mengikut perancangan, seluar jeans itu sendiri memang dibikin untuk menunjukkan kecantikan tubuh si pemakai.

Monday, 7 October 2013

FIDA IBRAHIM DIMAKI KERANA BERPAKAIAN SEKSI (5 Gambar)

Posted by Geng Awek Malaysia On 06:16
Menerusi laman Istagram milik Fida Ibrahim, beliau baru - baru ini menyiarkan gambar - gambar photoshoot beliau dengan mengayakan busana silver yang anggun dan sedikit seksi. Lantaran daripada gambar - gambar tersebut, peminat beliau marah dan kecewa kerana pakaian yang dipakai agak keterlaluan kerana Fida Ibrahim terkenal dengan fashion berhijab ala - ala islamik.









(7 GAMBAR) Nora Danish Pakai Baju Sekolah, Serius Cute!!!

Posted by Geng Awek Malaysia On 06:10

Lupakan seketika sisi seksi Nora Danish yang ditampilkan di ruang suratkhabar baru-baru ini. Hari ini Nora Danish telah mengupload beberapa keping gambarnya berpakaian baju kurung sekolah menerusi Facebook Nora Danish bersempena dengan filem Lagenda Budak Hostel. Cute gila kot ~~

Kalau zaman sekolah dulu ada awek secomel Nora Danish, pastinya menjadi rebutan pelajar-pelajar lelaki. Silap-silap boleh putus member dibuatnya. Layankan lagi 6 keping gambar Nora Danish dengan membaca entri ini sepenuhnya.




GAMBAR NORA DANISH TANPA MAKE-UP (9 Gambar)

Posted by Geng Awek Malaysia On 06:10
Nora danish sememangnya janda anak satu yang paling comel dan paling hot di Malaysia. baru-baru ini dia telah menguploadkan gambar-gambar comelnya di instagram dengan aksi yang agak santai dan tanpa makeup dan nampak begitu cantik sekali so mari kita semua lihat gambar-gambarnya kat bawah nih.