Showing posts with label perubatan. Show all posts
Showing posts with label perubatan. Show all posts

Saturday, 14 December 2013

MENINGGAL AKIBAT TERJATUH DARIPADA BANANA BOAT

Posted by Geng Awek Malaysia On 00:21
Kanak-Kanak Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Daripada 'Banana Boat' Di Port Dickson | Seorang kanak-kanak berusia 30 bulan yang mendesak ayahnya membawa dia menaiki 'banana boat' ketika bercuti di Pantai Purnama dekat sini meninggal dunia akibat komplikasi selepas lemas akibat terjatuh ke dalam laut dalam insiden berkenaan.

Keluarganya yang tinggal di Pasir Panjang dekat sini, datang untuk berkelah di pantai popular berkenaan bersama-sama tiga anak mereka pada tengah hari Ahad.

Kanak-kanak berkenaan, Nur Hannan Humairah Mohd Hafrisham, kemudiannya memujuk ayahnya agar membawa dia menaiki 'banana boat'. Ayah mangsa, yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur, akhirnya mengalah dan membawa kanak-kanak berkenaan bersama-sama tujuh yang lain untuk bermain 'banana boat'. Dia telah memberitahu kepada pengusaha bot berkenaan agar tidak membawa botnya terlalu laju.

Bagaimanapun, ketika pengusaha tersebut hendak berpatah balik ke kawasan pantai, dia melakukan 'stunt' yang menyebabkan semua penumpang di atas 'banana boat' terjatuh ke dalam air.kanak-kanak perempuan itu hampir lemas namun berjaya diselamatkan selepas diberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.

Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Port Dickson. Dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'far di Seremban. Bagaimanapun, keadaan bertambah teruk dan mangsa meninggal dunia tengah malam Ahad.

Tuesday, 10 December 2013

Kemalangan Di Tempat Kerja Paling Mengerikan Di Indonesia

Posted by Geng Awek Malaysia On 07:03
Pada gambar ini kelihatan kemalangan kerja yang dialami pekerja kilang syarikat manufacturing di semarang. Maka berhati-hatilah dalam bekerja, ingat disiplin itu penting.







Sunday, 20 October 2013

Makanan Tambahan Di Perbuat Dari Uri Wanita Bersalin

Posted by Geng Awek Malaysia On 05:58

LINDON, Utah - Seorang wanita, Laura Curtis menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kapsul uri wanita bersalin sebagai makanan tambahan.

Amalan memakan uri sendiri semakin mendapat tempat di negeri Utah, Amerika Syarikat(AS). Ia ekoran organ itu dipercayai memiliki pelbagai khasiat sekali gus baik untuk ibu yang menyusu bayi mereka. 

Jurucakap sebuah hospital di Utah memberitahu, dianggarkan antara 5 hingga 10 peratus ibu yang bersalin di fasiliti berkenaan akan meminta agar uri mereka disimpan.

"Amalan ini semakin popular, permintaan untuk uri kini bertambah," kata pengurus jururawat Hospital Universiti, Bernice Tenort.

Dalam pada itu, di kediamannya di sini, Curtis akan terlebih dahulu membuang gumpalan darah dan keganjilan lain pada uri sebelum mengukus organ itu selama 12 minit.

Uri tersebut kemudian dikisar menjadi serbuk sebelum diisi ke dalam kapsul ubat. 
"Selain memakai sarung tangan, saya akan memastikan setiap peralatan dicuci dengan cecair pembunuh kuman sebelum melakukan kerja ini," kata Curtis.

Menurutnya, uri yang hendak digunakan perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dihantar kepadanya dalam tempoh 48 jam selepas bersalin.

"Doktor juga perlu mengesahkan organ tersebut tidak dicemari kuman hepatitis atau HIV. 

"Ramai pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan saya sehingga mendorong saya memasak 18 hingga 20 uri sebulan untuk dijadikan kapsul," tambah wanita itu.

Menurutnya, permintaan untuk kapsul uri itu meningkat 200 peratus sejak perniagaan tersebut diasaskan pada tahun 2011.

Dalam pada itu, seorang ibu berusia 28 tahun, Amy Coffield memberitahu, pil uri tersebut telah membantu menyelamatkan nyawanya.

"Selepas melahirkan bayi pertama, saya meroyan dan tidak ingin hidup. 

"Namun, selepas mengambil pil uri sendiri ini. saya kembali ceria dan dapat melaksanakan tugas sebagai seorang ibu dan isteri," tambahnya.
 







sumber : http://dairishare.blogspot.com/

Tuesday, 23 July 2013

Inilah Doktor Yang Paling Berani Membedah Dirinya Sendiri

Posted by Geng Awek Malaysia On 07:41


Tarikh 29 April 1961, seorang doktor dari ekspedisi Antartika Rusia (Kutub Selatan Bumi) di stesen ekspedisi "Novolazarevskaya", Leonid Rogozof (27 tahun), merasa demam dan bahagian bawah perutnya terasa sakit sekali. Keesokan harinya keadaannya semakin parah. Tak mungkin di daerah kutub yang terpencil itu ia menyewa pesawat untuk membawanya ke rumah sakit.


 Tak mungkin pula ia minta pertolongan kepada doktor yang lain, kerana ia adalah satu-satunya doktor yang ada di tempat ekspedisi tersebut. Akhirnya pada malam 30 April 1961 itu, dr Leonid terpaksa melakukan operasi terhadap dirinya sendiri, untuk memotong dan mengeluarkan organnya berupa usus buntu (appendix) yang telah meradang. Dalam operasi itu ia menggunakan bius tempatan (local anesthesia), dibantu oleh seorang mekanik dan seorang ahli meteorologi yang ada dalam ekspedisi tersebut. Sambil berbaring setengah membongkok ke arah sisi kiri, ia menyuntik ke dirinya cecair ubat bius tempatan "novocaine", kemudian melakukan torehan sepanjang 12 cm di bahagian perut kanannya (iliac) dengan pisau bedah. Dengan melihat melalui cermin kecil dan meraba-raba, Leonid melakukan pembedahan, mengeluarkan usus buntunya, dan menyuntik antibiotik di bahagian perut, menjahit lukanya. Kedua-dua orang "pembantu" (mekanik dan metrologist) membantu memegang cermin kecil ke dekat perut dan memberi peralatan perubatan kepada Leonid. Operasi ini berjalan selama 1 jam 45 minit untuk selesai.


 Lima hari selepas pembedahan, keaadaan badan Leonid normal kembali, dan 2 hari berikutnya jahitan lukanya dibuang. Seluruh peralatan yang digunakan untuk melakukan Pembedahan yang hebat itu, kini berada dan dipamerkan di muzium "Artik dan Antartika" di St. Petersburg, Rusia.

Ngeri..!!..Beginilah Proses Membuang Lemak Dari Badan

Posted by Geng Awek Malaysia On 07:40
Ngeri..!!..Beginilah Proses Membuang Lemak Di Badan...Fuhh...Mesti sangat menyakitkan tu kan...Terus sahaja kita lihat...cekidot..






Inilah Nasib Keith Martin Lelaki Tergemuk di Dunia

Posted by Geng Awek Malaysia On 07:23
Seorang lelaki Inggeris yang memakan lapan hotdog untuk sarapan pagi nya dinobatkan sebagai manusia tergemuk di dunia. Hingga saat ini, lelaki seberat 368 kilogram itu memerlukan 18 pasukan perubatan untuk mengurusnya.

Pasukan perubatan yang ketika ini merawat Martin adalah kakitangan ambulans, dan merupakan pegawai jururawat profesional. Untuk membantunya masuk ke kereta, lapan orang pasukan paramedik harus mengangkat tubuh raksasa Martin kerana dia tidak dapat bergerak dengan sendirinya..







Selama dua kali sehari, Martin harus menjalani pemeriksaan perubatan. Empat orangjururawat juga harus memandikannya selama tiga kali sehari dan mengawasikesehataannya kerana dengan berat badan yang sangat berat, kesihatan Martin akan semakin menurun.

Martin tampil sebagai manusia terberat di dunia selepas Manuel Uribe yang berberat kira 500 kilogram menjalankan dietnya. Berat Martin juga terbukti mengalahkan Paul Mason yang dahulu sempat dinobatkan menjadi manusia terberat di dunia.





Meski demikian, Martin nampaknya tidak berniat untuk mengikuti gaya hidup Mason yang sihat. Dirinya pun menjelaskan bahawa kegemukan itu disebabkan oleh dirinya sendiri yang pada ketika masih berusia 16 tahun selepas keamtian ibunya

"Ibu saya meninggal pada saya berusia 16 tahun, dan saya tidak memperdulikan diri saya selepas itu. Saya memakan apa-apa dan saya pun menyalahkan diri saya sendiri atas apa yang sudah menimpa diri saya," ujar Martin, seperti dikutip Daily Mail Isnin (13 /2/2012).

Martin tidak mempunyai seorang kekasih dalam 20 tahun dan tidak dapat mencari pakaian yang muat dengannya. Martin hanya bergantung pada pasukan jururawat dan keluarganya serta dua saudaranya. Setiap hari, Martin hanya menonton televisyen dan memakan manisan, kuih, biskut, dan sosej.


Wednesday, 12 June 2013

Kenali Apa Itu Kelumumur dan Bahayanya

Posted by Geng Awek Malaysia On 19:45

Rambut adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar tetapi tidak mudah. Tidak kena gaya, rambut akan mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.
Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara, iaitu seborrheic dermatitis, kulit kepala kering, gatal dan berkeruping, kurang mencuci rambut, psoriasis, ekzema, sensitif pada sesetengah produk dan juga disebabkan jangkitan yis malassezia.
Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.
Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.
Ada sesetengah wanita menghidap masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur.
Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.
Masalah kelemumur ini juga boleh disebabkan jangkitan yis malassezia. Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. 
Namun apabila tidak terkawal, ia akan merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian 
anda.
 Namun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah ini menyumbang kepada kelemumur.
Elok berjumpa dengan pakar dermatologi (pakar kulit) bagi mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah yang dialami.

Tuesday, 11 June 2013

Lelaki Kepala Berlubang Akibat Kemalangan [ 2 Gambar ]

Posted by Geng Awek Malaysia On 05:08
LELAKI ini dilahirkan normal sehinggalah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di sebuah bandar di China.
Namun ajalnya belum sampai.
Pihak hospital berjaya merawat kecederaannya namun ia meninggalkan ‘kesan’ yang agak ‘menakutkan’ ketika dilihat.
Di kepalanya terbentuk ‘lubang’ sebesar penumbuk hingga ia menarik perhatian masyarakat di mana saja dia berada.
Pelik tapi benar bukan?
GAMBAR: Lelaki Kepala Berlubang Akibat Kemalangan
kepala-berlubang-2